Temani Aku

Temani Aku

Monday, August 31, 2009

Persoalan Tak Berpenghujung

Sukar benarkah pencarian ini
hingga aku harus terus menanti....

Payah sangatkah perasaan ini
hingga aku perlu merasa sepi....

Apakah susah benar pertemuan itu
hingga aku sering tersesat arah....

Ataukah aku sendiri yang mahu menanti
terus mahu mencari dan merasa sepi.....

Dan adakah salah diri seorang aku
hanya tidak mempunyai sedikit keberanian

Dan adakah salah diri seorang aku
dek kerana terlalu merasa tidak berdaya

Dan adakah apa yang aku impikan
tiada dapat untukku gapai....

Dek kerana harus mengikut arus persamaan
lupakan segala rasa, hati dan impian.....

TIDAK!!!!!!!!!

Aku lebih rela menanti dan merasa sepi
dari mengagalkan caturan mimpi dan harapan.....

No comments:

Post a Comment